Followers

Mighty Jacksparrow is an Earth-based sub-intergalactic blogger who enjoys writing and in the same time entertaining his ever-amusing will-kill-to-read fans with sensationally hilarious and at times dramatic musings. This blog offers endless ideas and results; they might be charming most of the times but could be offending in some others. Therefore, it is always noble to remind that if you enjoy the pieces, carry on reading, but if they upset you, do quietly leave like the evening breeze and not like exploding diarrhea, which exactly what you will look like if you ever lose it on me. Enjoy! :D

Wednesday, April 01, 2015

GST?

Ada orang tanya (baca: cuba hasut) saya berkenaan implementasi GST hari ini, dan adakah saya sudah bersedia menghadapi kenaikan harga.

Saya kata sudah. Habis saya nak kata apa lagi? Kalau kata tak sedia lagi, benda dah nak jadi. Jadi saya kata saya dah sedialah. Mau tak mau kena bayar juga. Dia tarik muka.

Dia kata, yalah kau orang kaya, duit banyak.

Saya kalau bukan fikir yang dia ini kawan saya sendiri, saya dah hempuk kepala dia dengan kerusi.

Sejak bila saya orang kaya. Saya tak kaya dan saya bukan anak orang kaya. Mak ayah saya pencen gomen. Saya tak ada kerja tetap serta masih belajar, dan bergantung hidup hanya kepada biasiswa pelajaran semata-mata. Kalau saya ada dapat projek engineering kecil-kecil, dapatlah saya duit saku sedikit. Kalau tidak, tak ada.

Saya sedar saya tak banyak duit, jadi saya pun kurangkan makan di luar. Kalau gula pasir dan gula perang di rumah, boleh tahan 3-4 minggu sepeket. Setin susu pekat tahan seminggu. Beras yang saya beli awal tahun hari tu 30kg, sampai ke hari ini berbaki. Nescafe, kopi, teh pun tahan lama.

Yang selalu habis, makanan kucing. Saya beli Tesco punya makanan kucing. Satu beg 3.5kg baru dalam RM25. Satu bulan satu beg, itupun kalau tak ramai warga kucing gelandangan dan separa kebuluran yang datang bertandang. Kalau tidak, 2 minggu dah habis.

Tuhan kata, Aku yang beri kamu rezeki. Nabi kata, bersedekahlah dan beri makan. Saya buat saja. Nabi kata apa yang kita syukuri dan kita sedekahkan akan kita dapat balik berkali ganda.

Pasal rezeki, insya Allah saya tak kusut. Kereta saya yang dah 15 tahun umurnya tu pun masih boleh berjalan jauh. Perbelanjaan saya teramat kecil, setanding dengan pendapatan saya yang sekelumit. Paling mahal pun rumah sewa sajalah.

Alhamdulillah isteri saya pun tak banyak songeh. Makan tak memilih. Apa dihidang atas meja, dia sapu. Dia lagi suka pergi kedai jual plastik dan barang pelik-pelik macam Daiso dan Mr DIY berbanding untuk ke shopping complex. Baju mekap dia, dia pandai cari diskaun.

Jadi hidup saya mudah, alhamdulillah. Hutang pun belum ada. Lagipun saya jenis yang kalau saya tak ada duit, saya tak berbelanja. Ada hikmah saya belum kerja lagi, jadi bank pun tak bagi saya pakai kad kredit. Mungkin kerana itu saya tak terasa sangat beban GST. Dan dengan adanya GST ini jugalah saya kini ada sebab nak berusaha kuat sedikit cari rezeki.

Kawan-kawan dah ada kereta besar, rumah besar, barang mahal-mahal. Saya cuma ada kebun kecil tempat saya bercucuk tanam bila lapang, seekor kucing kecil yang tempang kakinya, seorang isteri yang awesome dan tugas dan tanggungjawab yang saya minat buat di universiti.
Hidup sekadar mampu, beli apa yang perlu.

Percaya dengan yakin rezeki Tuhan yang bagi. Ada satu kali saya makan nasi lauk ayam di kedai mamak, dan ayam itu saya bagi pada seekor mak kucing yang dah sarat nak meletup sangat dah. Saya sempat gigit sikit saja ayam tu. Tak apalah, dah rezeki dia. Tiga hari berturut-turut selepas tu, ada saja saya dijamu makan. Orang belanja lah, makanan lebih mesyuarat lah, kenduri lah apa lah. Semuanya berlaukkan ayam. Satu sen pun saya tak keluar belanja.

Sama ada berkait dengan mak kucing tadi, wallahualam.

Sekiranya GST ini baik ataupun tidak untuk kita, kita pohon agar Tuhan permudahkan perjalanan hidup kita, agar kita tidak sesak dan pening kepala, semoga kita tidak lupa bersedekah, dan semoga kita sering dihujani dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Amiin.